Gambar dumbwaiter. Dari Google |
Apakah dumbwaiter?
Dumbwaiter didefinisikan sebagai ‘a freight elevator or lift between building floors’. Komponen dumbwaiter termasuk lift shaft, car (sangkar), wireropes, pulley atau sheave dan motor. Ianya adalah jentera untuk mengangkat barang (biasanya makanan) dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Ianya semacam lif penumpang, tetapi jauh lebih kecil dan tidak dibenarkan untuk mengangkat manusia atau haiwan.
Dumbwaiter biasanya digunakan di restoran yang bertingkat atau hotel atau istana untuk mengangkat makanan ke tingkat lain atau ke dewan makan.
Laporan daripada akhbar harian baru-baru ini |
Di Malaysia, penggunaan dumbwaiter mestilah mendapatkan kelulusan daripada JKKP kerana ianya tergolong di dalam kategori mesin angkat. Dumbwaiter perlukan certificate of fitness (CF) yang sah dan perlu diselenggara secara berkala oleh firma kompeten yang diiktiraf JKKP. Ini adalah untuk memastikan dumbwaiter dilengkapi peranti keselamatan dan selamat digunakan.
Masih terdapat dumbwaiter yang dipasang dan digunakan tanpa mendapat kelulusan rekabentuk daripada JKKP. Penggunaan dumbwaiter tanpa peranti keselamatan adalah merbahaya dan mengundang kemalangan. Ia juga adalah salah dari segi undang-undang Malaysia dan boleh dikenakan tindakan mahkamah di bawah kesalahan berikut;
1. Akta Kilang dan Jentera 1967. Seksyen 19 iaitu menggunakan jentera tanpa CF yang sah. Denda maksimum RM50,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
2. Akta Kilang dan Jentera 1967. Seksyen 36(1) iaitu memasang jentera yang memerlukan perakuan kelayakan (CF) tanpa kebenaran JKKP. Denda maksimum RM100,000.00 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Oleh itu sementara peluang dan budi bicara masih terbuka, bertindaklah segera demi keselamatan semua. Dumbwaiter.... Believe me, it’s really dumb.
No comments:
Post a Comment
Sebarang pertanyaan dan komen adalah amat dialu-alukan.